Kembali Ke Laman Utama

Sabtu, 29 Ogos 2015

Proses Pembuatan

Sesungguhnya mencari yang halal itu harus.....pembuatan ikan pekasam ini kelihatan mudah namun jika bukan kerana saya ini orang susah manakan sanggup mencalarkan jari jemari demi menyiang ikan ikan ini untuk diperkasamkan belum lagi diulit haruman hanyir ikan. Sesungguhnya, benarlah duit itu boleh kita cari dengan usaha namun kasih sayang, dan kesetiaan tidak mudah kita peroleh hingga sering saja diperdengarkan kisah saudara sendiri mengkhianati saudara kadung sendiri. Okey lah sebelum saya berpidato baiklah saya segerakan menulis berkenaan pembuatan ikan pekasam ini, ikan pekasam ini saya memproses sendiri dengan bantuan suami tercinta, namunnpada musim ikan banyak saya menggajikan orang untuk menyiang ikan, setiap hujung minggu saya mencuri masa untuk menyediakan beras sangai yang dikisar. Beginilah rutin saya, penat memang sungguh penat, tetapi hidup ini memerlukan duit, segala-galanya adalah duit, dan takdir saya bukanlah dilahirkan sebagai anak kepada seorang hartawan, namun saya ada usaha dan cita-cita, dan saya tidak pernah serik dalam jatuh bangun dalam berniaga. Ikan pekasam ini cara pembuātannya tidak sama seperti membuat ikan jeruk, ikan pekasam perlu disiang dan dibuang seluruh isi perutnya dan dicuci sebersihnya sehingga hilang darah ikan, supaya proses perkasam itu menjadi dan tidak berulat. Jika tidak dicuci dengan sebersihnya mudah untuk ikan tersebut busuk dan akan berulat. Garam adalah agen semulajadi bagi proses pengawetan, beras goreng juga membañtu dalam proses awet dan pemberi rasa masam. berbeza dengan resepi ikan pekasam pahang yang mana hanya menggunakan ikan , kunyit, garam, dan asam keping.Biasanya saya menggaram ikan perkasam dalam tempoh 24jam dahulu sebelum proses perkasaman sebenar dijalankankan. Perkasam boleh digoreng setelah 5 hari diperam namuan sebaik2nya ikan pekasam yang benar2 enak dimakan adalah dalam tempoh 1bulan hingga 2bulan pada ketika tempoh ini semua tulang ikan tersebut telah hancur dan beras yang diperap bersama juga telah masam dan lembut, pada ketika ini kenikmatan sebenar ikan perkasam dapat dirasai.Kebiasaannya ikan pekasam yang saya buat telah selamat di semadikan di dalam perut dalam tempoh seminggu pembuatannya, namun jika disimpan, pekasam ini boleh bertahan sehingga 2tahun. Untuk ulasan yang akan datang saya akan kongsikan pula pelbagai jenis resepi masakan yang berasakan ikan pekasam, jangan tak tahu pula, ikan pekasam ini bukan sekadar digoreng, di tabur cili, bawang dan perahan asam limaun sahaja....ada pelbagai resepi yang boleh di cuba dengan meggunakan ikan perkasam ini.
a

Tiada ulasan:

Catat Ulasan