Kembali Ke Laman Utama

Ahad, 30 Ogos 2015

Selesai Pakaging Proses

Alhamdulillah kami berjaya menyiapkan proses pakaging pada hari ini.Esok proses edaran kepada agent-agent pula.

Sabtu, 29 Ogos 2015

Proses Pembuatan

Sesungguhnya mencari yang halal itu harus.....pembuatan ikan pekasam ini kelihatan mudah namun jika bukan kerana saya ini orang susah manakan sanggup mencalarkan jari jemari demi menyiang ikan ikan ini untuk diperkasamkan belum lagi diulit haruman hanyir ikan. Sesungguhnya, benarlah duit itu boleh kita cari dengan usaha namun kasih sayang, dan kesetiaan tidak mudah kita peroleh hingga sering saja diperdengarkan kisah saudara sendiri mengkhianati saudara kadung sendiri. Okey lah sebelum saya berpidato baiklah saya segerakan menulis berkenaan pembuatan ikan pekasam ini, ikan pekasam ini saya memproses sendiri dengan bantuan suami tercinta, namunnpada musim ikan banyak saya menggajikan orang untuk menyiang ikan, setiap hujung minggu saya mencuri masa untuk menyediakan beras sangai yang dikisar. Beginilah rutin saya, penat memang sungguh penat, tetapi hidup ini memerlukan duit, segala-galanya adalah duit, dan takdir saya bukanlah dilahirkan sebagai anak kepada seorang hartawan, namun saya ada usaha dan cita-cita, dan saya tidak pernah serik dalam jatuh bangun dalam berniaga. Ikan pekasam ini cara pembuātannya tidak sama seperti membuat ikan jeruk, ikan pekasam perlu disiang dan dibuang seluruh isi perutnya dan dicuci sebersihnya sehingga hilang darah ikan, supaya proses perkasam itu menjadi dan tidak berulat. Jika tidak dicuci dengan sebersihnya mudah untuk ikan tersebut busuk dan akan berulat. Garam adalah agen semulajadi bagi proses pengawetan, beras goreng juga membañtu dalam proses awet dan pemberi rasa masam. berbeza dengan resepi ikan pekasam pahang yang mana hanya menggunakan ikan , kunyit, garam, dan asam keping.Biasanya saya menggaram ikan perkasam dalam tempoh 24jam dahulu sebelum proses perkasaman sebenar dijalankankan. Perkasam boleh digoreng setelah 5 hari diperam namuan sebaik2nya ikan pekasam yang benar2 enak dimakan adalah dalam tempoh 1bulan hingga 2bulan pada ketika tempoh ini semua tulang ikan tersebut telah hancur dan beras yang diperap bersama juga telah masam dan lembut, pada ketika ini kenikmatan sebenar ikan perkasam dapat dirasai.Kebiasaannya ikan pekasam yang saya buat telah selamat di semadikan di dalam perut dalam tempoh seminggu pembuatannya, namun jika disimpan, pekasam ini boleh bertahan sehingga 2tahun. Untuk ulasan yang akan datang saya akan kongsikan pula pelbagai jenis resepi masakan yang berasakan ikan pekasam, jangan tak tahu pula, ikan pekasam ini bukan sekadar digoreng, di tabur cili, bawang dan perahan asam limaun sahaja....ada pelbagai resepi yang boleh di cuba dengan meggunakan ikan perkasam ini.
a

Apa bila peraih mendapatkan ikan segar

Sungguh gembira apabila mendapat stok ikan glamour....syukur....alhamdulillah....tiada ucapan lain yang dapat di luahkan melainkan rasa syukur kerana memperoleh ikan glamour ini walaupun saya dimaklumkan sekarang bukan musimnya.Apa kan daya...permintaan pekasam ikan gelama mendapat permintaan yang tinggi.......

Selasa, 25 Ogos 2015

Pekasam Legend : -Pembuatan

Pekasam Legend di hasilkan secara kecil2an di Kuantan oleh penulis blog ini iaitu Pn Suryani Binti Abdullah. Pada awalnya tujuan penulis membuat ikan pekasam ini adalah untuk merasai sendiri bagaimanakah rasanya ikan pekasam itu, setelah bertanya kepada penjual di laman muka buku dan pertanyaan saya tidak dibalas, lalu saya usahakan sendiri mencari resepi dan cara-cara pembuatannya.Alhamdulillah cubaan saya berjaya dan saya telah berikan kepada kawan-kawan untuk mencuba tak disangka mendapat sambutan, lantaran mendapat permintaan lalu saya jalankan perniagaan secara serius. Saya seronok bereksperimen dengan pelbagai jenis ikan untuk di perkasamkan sepanjang eksperimen saya ini saya dapati pekasam ikan gelama dan patin amat sedap. Walaubagaimanapun saya menghadapi dugaan kerana ikan gelama sukar diperoleh dan harganya agak mahal.Buat masa ini saya niagakan secara langsung di pasar tani mega pagi ahad di bandar kuantan dan juga jualan borong kepada surirumah atau sesiapa sahaja yang ingin mencari duit sampingan. Bagi yang igin menikmati hasil air tangan saya boleh la menghubungi saya :-0129501631

Definisi Pekasam

Pekasam ialah sejenis makanan peram tradisi yang terkenal dan tahan lama di Malaysia. Ia merupakan satu cara mengekalkan makanan (lazimnya ikan) dengan menggunakan garam (atau asam) yang banyak dan mampu untuk menghasilkan pekasam yang mampu bertahan lebih lama (antara 6 bulan - 10 tahun). Pekasam amat popular di negeri-negeri utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia. Negeri Perak terkenal dengan perusahaan pekasam ikan air tawar terutamanya selepas pembinaan Empangan Tasik Chenderoh, yang membekalkan ikan air tawar bagi penghasilan perkasam. Pekasam di Perak turut disebut oleh Sir Richard Olof Winstedt dalam buku The Circumstances of Malay Life. The kampong. The house. Furniture. Dress. Food, 1909, [1] Garam yang digunakan bagi memerap ikan turut bertindak mengukuhkan struktur daging ikan agar lebih pejal dan ini membuatkan ikan pekasam tidak mudah hancur bila digoreng. Selain itu garam juga akan membuatkan ikan pekasam mereput dengan cepat sehinggakan tulang pun boleh dimakan. Ikan yang sedap untuk dibuat pekasam biasanya ikan sawah seperti ikan Sepat, haruan, keli dan puyu. Ikan air tawar lain seperti ikan terubul, lampan jawa, merah mata, temperas, mengkawan, ketutu, kepar, kalui, loma, toman, tilapia dan belida juga boleh digunakan. Ikan sepat merupakan pilihan utama. Proses penyediaan bermula dengan ikan yang disiang dan dibersihkan terlebih dahulu sebelum diperap bersama ketulan garam kasar selama sekurang-kurangnya tiga minggu atau sehungga tiga hingga lima bulan. Ini dilakukan dengan tujuan untuk memastikan ikan sebati dengan garam selain melembutkan dagingnya. Ikan yang telah diperap itu kemudiannya akan disalut dengan serbuk beras yang telah di goreng dan dikisar sebelum diteruskan diperap lagi selama lebih kurang dua minggu. Ikan-ikan yang telah siap menjalani kesemua proses tersebut sedia untuk dihidangkan.[2]